20110318

Pengalaman Seram Di Internet

Pada suatu tengah malam, ketika saya sedang bermain Fesbuk di Internet, saya terdengar satu bunyi yang tidak berapa menggerunkan. Jam menunjukkan pukul 12.51. Saya tidak berasa takut pada mulanya kerana menyangka ianya sekadar bunyi kucing milik jiran saya, namun tiba-tiba saya terfikir, adakah jiran saya betul-betul membela kucing? Logikkah jika jiran saya membela kucing? Mana tahu kalau-kalau dia suka membela burung? Saya mula berasa tidak sedap hati. Saya ke dapur dengan perasaan takut dan gementar lalu membuka peti sejuk untuk mengambil air sejuk. Saya lihat banyak makanan yang bergelimpangan di dalam peti sejuk namun saya tidak mengendahkan mereka. Selepas meminum air, saya terus beredar ke ruang tamu untuk menyambung bermain Fesbuk. Setelah beberapa minit menekan butang "Home" Fesbuk setiap 10 saat, saya menjadi bosan yang teramat. Lalu saya membuka tab baru, dan memasuki blog saya iaitu Sound Machine. Lalu saya mula menulis sebuah cerita yang bertajuk "Pengalaman Seram Di Internet."

3 comments:

  1. FYI, saya masih lagi berjinak-jinak dalam penulisan genre seram ni.

    Saya cam nama sedari dari MASTAKOK. Atau adakah ianya hanya kebetulan 2 orang mempunyai nama sama?

    ReplyDelete
  2. hahaha, dat's me-same-one-and-only lavender harum wangi~ :">

    ReplyDelete

I want to know your answer.