20110320

Hikayat Zeus Menangis

Maka demikianlah diceritakan pada zaman dahulu kala, zaman bermulanya sejarah bola sepak sebuah negara yang dikenali dengan nama Malaysia. Adapun di sebuahi negeri yang lain, di hujung dunia terdapatlah sebuah gunung yang menjadi tempat dewa-dewa bersemayam, Mount Olimpus namanya. Adapun yang tinggal di gunung ini tiada lain tiada bukan melainkan dewa-dewa Greek, yakni Zeus dan kaum-kaum kerabatnya, yang hidupnya atas doa-doa dan sembahan-sembahan rakyat jelata. Maka pada suatu hari, datanglah tiga orang perutusan dari negeri lain, yang jauh sekali dari tanah Greece itu. Adapun yang bertiga ini adalah dari China, Korea, dan Malaysia. Maka utusan dari China pun segera berlari ke atas puncak gunung ingin bertanya para dewa tentang nasib bola sepak negaranya. Apakah mungkin negaranya dapat beraksi di Piala Dunia? Maka, Zeus pun menjawab, "Ya, 50 tahun lagi." Utusan China itupun segera berlari pulang ke negaranya, sambil menangis kerana mendengar khabar itu. Berfikir akan nasibnya sempat atau tidakkah dia untuk melihat pasukannya di Piala Dunia. Utusan kedua, yakni yang dari Korea itu pun memulakan lariannya ke puncak gunung. Soalan sama ditanya, dan jawapan Zeus, "Ya, 30 tahun lagi." Maka orang Korea itu pun berlari pulang jugalah, pun menangis jualah ia kerana mendengar berita itu. Sampai giliran utusan dari Malaysia, setelah penat berlari ke puncak gunung untuk berjumpa dewa, maka soalan sama jua yang ditanya, "Wahai Zeus, bilakah Malaysia dapat memasuki Piala Dunia?" Maka yang mengejutkan seluruh sekalian penghuni Mount Olimpus itu, adalah Zeus tidak terus menjawab. Setelah 2 3 minit menunggu, akhirnya Zeus sendiri yang menangis. Maka tahulah ia akan utusan Malaysia itu, rupa apakah akan nasib pasukan bola sepak negaranya yang tercinta.

2 comments:

  1. hahaha mean what? Zeus menangis sebab tak sanggup nak bagitau Malaysia memang xde peluang nk masuk world cup ke? lol~

    ReplyDelete

I want to know your answer.