20110225

Leaving Underage

Ibu, aku tak nak minta banyak untuk hari jadi aku yang baru lepas masa 23 Februari lepas. Aku cuma nak spaghetti. Tolong la buat spaghetti.
Dah lama gua tak makan spaghetti. Kali terakhir gua makan mi goreng ala mafia tu masa gua duduk kat Itali, masa jadi pemandu peribadi The Godfather dulu. Dengar katanya ibu gua nak buat parti hari jadi untuk gua Sabtu ni. Ada kek 8 tingkat ala-ala kek kahwin dengar ceritanya lagi. Entah-entah ibu gua nak bagi hadiah berupa seorang isteri kut. Mana la tahu.

Keepers of Holy Words

22 Februari, Selasa
Gua ada satu kawan menghafaz Quran, Irfan namanya. Minggu lepas dia ada balik Kemaman ni, dan hari ni (Selasa) dia ajak gua teman dia pergi ke Kuala Terengganu, sebab dia nak masuk Ujian Saringan Majlis Menghafaz Quran Peringkat Negeri. Jadi malam ni gua tidur rumah dia, sebab pagi esok (Rabu) nak bertolak awal pagi ke sana. Gua pergi rumah dia pukul 10.30 dan dia ajak tidur terus. Pukul 12 lebih juga baru gua terlelap. Macam gua pulak yang nak masuk bertanding.

23 Februari, Rabu
Pagi ni bangun awal. Pukul 4.00. Bertolak pukul 4.45 macam tu dengan kereta ayah dia yang bawa. Pukul 6 sampai Marang berhenti sembahyang Subuh. Kereta bukannya banyak pagi-pagi buta jadi sebab tu cepat juga sampai. 7 lebih, sampai di Kuala Terengganu makan di warung bawah jambatan. Gua nak baham nasi dagang, tapi terambil pulut kuning yang bungkusannya dalam daun pisang juga, macam nasi dagang yang kawan gua makan. Jahanam. Lepas tu sebungkus lagi nasi lemak yang ada kacang panjang. Aih, pelik nasi lemak ni gua kata. Lepas kawan gua berak dan bersiap-siap pakai baju Melayu bersongkok bersampin macam pengantin, baru kami ke Pejabat Agama nak menikah. Tapi sayang pengantin perempuan lari entah ke mana, kami bertiga pun pergilah daftar kemasukan ke auditorium tempat bertanding tu. Masa tu gua dah berkopiah berjaket, macam pegawai agama mari berdakwah untuk orang asli. Mujur la juga dalam tu ada air-kond, tak la gua bermandi peluh dalam tu. Giliran kawan gua nombor 13, jadi lepas giliran dia menjawab soalan-soalan hakim sambil bersila di atas pentas, masa tu pun dah tengah hari, kami pun keluar dari tempat tu pergi makan nasi kukus. Si Irfan tu pun boleh tahan la juga masa menjawab soalan. Lima-lima soalan dia jawab, sambung ayat yang dibaca oleh hakim. Ada juga peserta lain yang naik pentas semata-mata untuk bersila di depan penonton tanpa menjawab sepatah pun ayat dibaca hakim. Tak nampak ayat tu kat mana katanya.
Petang tu juga gua baru tahu yang kami akan tinggal sehari lagi kat sana sebab keputusan saringan keluar keesokkan harinya, Khamis. Tak guna betul kawan gua ni yang tak beritahu gua awal-awal. Gua mana ada bawa baju. Dalam perjalanan ke Setiu, tempat kawan gua belajar di sekolah pondok juga tempat kami tidur malam tu, sempat la juga kami bersiar-siar. Gua pun bukan selalu pergi ke Kuala Terengganu ni. Ke Setiu pun belum pernah rasanya. Lalu juga gua di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu yang tak pernah gua nampak depan mata sebelum ni. Ada la 3 4 buah kapal terbang kecil dengan satu jet peribadi yang tak tahu siapa punya. Hadiah hari jadi gua rasa-rasanya. Sampai kat rumah sekolah pondok kawan gua, kami tidur dulu. Petang tu keluar pergi berjalan-jalan (naik kereta sebenarnya) ke Bandar Permaisuri lebih kurang 5 minit dari rumah dan seterusnya pergi makan sup ekor, sekali dengan 2 orang budak seguru dengan kawan gua. Malam tu awal juga gua, kawan gua serta ayah kawan gua tidur. Sejuk tak payah cakap la rumah kayu kena pulak tidur bawah kipas atas lantai di ruang tamu yang tak ada kerusi atau meja. Rumah tu memang sederhana. 4 bilik, 2 buat tidur, 2 lagi buat stor. Belakang rumah ada kandang lembu dengan penghuni-penghuninya sekali. Kawasan tu memang kampung. Jauh dari bandar. Kira pertama kali juga la gua ke tempat macam tu.

24 Februari, Khamis
Pagi tu, pukul 8.30 macam tu lepas makan roti canai dengan tok imam merangkap tok guru kawan gua, kami pun bertolak la ke Kuala Terengganu semula, untuk majlis penutup dan keputusan ujian saringan tu. Lepas habis kategori juzuk 1-30 untuk hari tu, dapat tahu pulak keputusan ujian saringan. Ada 3 kategori; 1-10 juzuk, 1-20 juzuk, dan 1-30 juzuk. Setiap kategori nak pilih 3 lelaki dengan 3 perempuan yang terbaik. Kawan gua masuk kategori 1-20 juzuk. Boleh la dia tempat ketiga seterusnya melayakkan diri untuk masuk peringkat akhir 8 Mac ni. Sebelum tu dia ni memang tak yakin langsung, siap suruh ajak balik awal tak awal sebelum orang nak bagi keputusan. Dah lulus tempat ketiga tu bukan main suka dia dan ayah dia, gua pun tumpang la juga suka sikit. Petang tu lepas balik semula ke sekolah pondoknya, ada seorang lagi kawan segurunya yang umur 24 tahun ajak pergi mandi air terjun. Gua pun memang dah kemaruk nak pergi, sebab semalam tu memang dah ingat nak pergi tapi tak jadi. Lepas berkemas-kemas barang, kami berenam 2 kereta pun pergi la ke air terjun yang perjalanannya makan masa dalam 20 minit juga kut. Pergh. Memang gua gembira sungguh dapat mandi air terjun ni. Air terjun tak ada pun sebenarnya, tapi macam jeram hutan lipur macam tu. Tapi tempat air tu memang syok sungguh la. Berapa kali juga gua nak lemas, sebab air dia dalam dan gua pun tak sempat nak habiskan kelas berenang gua masa di California dulu.
Lebih kurang sejam lebih lepas tu, gua dan ayah kawan gua ni pun bertolak balik. Kawan gua ni tak balik, dia tinggal kat sekolah pondok dia tu je sampai hari bertanding bulan depan. Gua mula-mula bimbang juga nak balik berdua dengan ayah dia ni, bukan apa, takut kekok pulak nanti. Tapi ayah dia ni memang lawak juga dalam alim-alim dia tu pun. Waktu balik, kami lalu jalan lain, jalan yang pedalaman sikit, jalan yang gua tak pernah lalu atau tahu wujud sepanjang hayat gua. Memang pedalaman, sumpah. Lalu ikut jalan ke Tasik Kenyir, Pelong, Kuala Ping (sekadar yang gua ingat). Tengok rumah-rumah orang kat tempat-tempat tu terfikir pulak gua; macam mana la orang-orang ni boleh duduk kawasan macam ni? Jauh dari bandar. Tapi tu la, orang bandar manja macam gua ni memang takkan faham keseronokan duduk kat tempat macam ni. Petang-petang boleh memancing di atas jambatan walaupun tinggi jambatan tu dari air sungai kat bawah macam bangunan 5 tingkat. Boleh memecut laju tanpa risaukan bonggok-bonggok celaka. Dan macam-macam lagi benda yang gua takkan tahu. Tapi dari awal perjalanan memang gua suka bersembang dengan ayah kawan gua ni. Kalau tak bersembang, berlawak. Kalau tak berlawak, berzikir ikut CD yang dia pasang. Tapi apa-apa pun, memang gua suka trip 2 hari ni dan juga bila dapat balik rumah tengok muka ibu dan ayah gua sendiri kira-kira 2 jam lebih yang lalu, pukul 11. Haha. Rindu sungguh. Dah la masa gua bertukar dari budak bawah umur ke orang cukup umur tu gua tak ada kat rumah. Sedih juga la rasanya.
Lepas ni agak-agaknya boleh la gua menghisap rokok secara terang-terangan tanpa segan silu ya tak? Haha.

20110216

X | /

Woah. Seronok juga hari ni. Hari ni gua bersama Ayopan dan rakannya merangkap kawan baru gua, Haiqal ke Mesra Mall, Kerteh. Kami pergi naik kereta Kancil gua pandu, sebab sedang molek bapak gua cakap tak nak guna Kancil tu hari ni. Mula-mula sampai dah terkam bermain bowling dulu. Dua game juga main tadi. Tak ingat pulak gua berapa kali gua strike, banyak sangat. Yang lain semua spare. Si Ayopan adalah berapa kali buat gaya orang tak rajin jumpa bowling. Lepas Ayopan beli baju dekat Reject Shop, kami bertolak pula ke atas sikit dari Mesra Mall, Bandar Baru Kerteh, rasanya. Lepas sembahyang di masjid, pergi McDonald pulak makan tengah hari. Macam orang duit tak habis. Gua bedal bubur ayam saiz besar dengan jus oren pun saiz besar juga. Phew. Dalam ingat nak balik tu, tersinggah pulak di Pantai Kemasik. Pergh. Bermain di gigi air pantai, memanjat batu-batu besar, membasahkan seluar, mengambil gambar- macam threesome gay pulak gua rasa. Lepas tu singgah pulak tepi jalan minum air nyior. Ingat nak minum je hasrat di hati, eh, ada mi sup pulak kat situ. Jadi, terpaksalah bantai mi sup semangkuk seorang lagi. Lepas tu barulah balik sampai rumah dalam keadaan meter minyak menunjukkan E- lampu amaran oren bernyala.

P/S : Tak ingat pulak gua yang Mesra Mall terletak di Kemasik, bukan Kerteh.

Sumbarl de Kerrang!

Lepas tengok iCarly tengah malam semalam, dan lepas putuskan yang gua sudah bosan online Fesbuk, gua ke dapur mencari makanan. Dan ketika inilah gua dapat tahu yang gua ada bakat memasak. Tengok bawah tudung saji ada lagi sambal kerang untuk nasi lemak pagi semalam. Sebelum ni gua tak gemar makan kerang, hanyir katanya. Namun kerang mula masuk dalam senarai makanan gua sejak beberapa tahun yang lepas, lepas gua mula akil baligh. Berbalik kepada sambal kerang yang sudah sejuk itu, gua pun memutuskan yang ianya lebih enak dimakan kalau panas sedikit. Lalu gua pun memindahkan sambal kerang tersebut dari dalam mangkuk ke dalam kuali yang sudah tersedia di atas dapur bekas kakak-kakak gua memasak mi segera beberapa jam sebelum itu. Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Gua mengacau-ngacau sambal kerang yang sudah kering tersebut sambil menunggu sehingga ia berasap. Lepas dah berasap, gua angkat, letak dalam mangkuk kembali, dan makan dengan sos cili Life. Nikmat sungguh.
Lepas tu, masa pukul 1.40 macam tu, sedang gua bersiap-siap untuk tidur, terdengarlah gua akan satu bunyi seakan-akan bunyi CPU komputer menderam. Tapi komputer semua dah tutup dah. Gua fikir bunyi paip, tapi dekat sinki tu senyap je. Gua ingat ada objek terbang tak dikenali merayau-rayau dekat kawasan perumahan gua ni, mungkin cari gua barangkali. Sebab sebelum ni pun gua dah pernah dengar bunyi tu, tengah malam buta juga. *Masa ni musik latar dia lagu tema X-Files bunyi guna mulut.

20110210

Don't Listen to the Radio

Empat lima hari ni gua asyik menghadap muka sama je- Ayopan. Baik keluar lepak-lepak, teman pergi mencari kerja, layan cerita dalam komputer, semua dengan dia. Takut pulak gua ada orang cop gua gay.
TV rumah gua ni pun semenjak dua tiga hari ni dah pandai buat perangai. Dari enam siaran yang ada, yang boleh tengok cuma tiga. Dalam pada gua cuba tune balik channel-channel yang berbelang-belang tu, jumpa pulak dua lagi channel baru. Sekarang, gua ada LAPAN channel. Walaupun peratusan kebolehtontonan tu agaklah rendah. Jahanam.

20110202

Element of Risk

We're going to leave for Dungun this evening. I think we'll stay there for 3 or 4 days, yeah. Great. I need time to get away from all this thing, things about me.

20110201

rEVOLution

So, starting from now on, I'll have to learn to appreciate others and love them as everyone is basikally equal. Everyone is worth loving, though I hate to enkourage this feeling to grow. Also, learn to accept people the way they are, and bear in mind that no one is superior to one another. I know I've been trying to tell these things to myself since before, but this time, I need to really grasp that koncept and make it a part of me.

Venokatio fo Kienish

I've realised this some time ago but I just realised now that my narcissistik personality disorder is at a dangerous level that it worries me sick now. To talk about it, I don't know where to start. It grows worse as I grow older, though I extremely doubt if I grow maturer. Every time I learn about something new, I try to find something in it that I kan relate to me. And whenever people talk to me about my opinion on certain issues, as a way to fight my indecisive and dualism problem, I try hard to klarify my thoughts and opinions before I bekome too absorbed with myself and what I think, and start ignoring what others say. I'm not sure if I'm over sensitively judging my aktions, but it does make me feel skared to know the fakt that I might be that kind of person. Or that I really am a narcissist. And other things that make me a narcissist inklude always checking myself in the mirror and always trying to be different from others. Yeah, I go to look in the mirror how I look like more than once in every hour. This has been long worse since we have a big mirror on the wall of our living room. Haha. Shit. And about trying to be different from others, I'm not sure if that's from my narcissism or my non-konformism, though I like the idea of me being a non-konformist, as a way to be more rebellious. I don't know. Perhaps, I fall in love with myself. That's fucking disgusting. Or perhaps I'm just an introvert, of in serious kase.
And yeah, this Sound Machine is another example to show that I'm excessively preokkupied with matters regarding my personal issues, besides my using of Ks, though it was first inspired by Deutsch, I've since made it to symbolise my identity. I skare the shit out of myself. Freaky psykopath.