20111029

Day & Night

It happens again, I think. But this time it's not bekause I have to choose. It's simply bekause I'm not faithful. I mean, I do appreciate her, but she seems to distance herself from me. We are no longer what we were when it all started. Ah... it's all a mess.

O Sun, the only one that shines,
Are you setting, or are you rising,
O Sun, give me signs.

O Moon, the one brightens my nights,
Are you waiting, or are you going,
O Moon, give me lights.

p/s : Oh. I still have a way to get my ass out of this. I kan pray and hope that all this is just my imagination. If I hope a lot enough, it might as well bekome true. Kekeke.

20111017

Bakul Sampah Ajaib

Pada suatu hari, di dalam sebuah kelas, semasa waktu pembelajaran.
"Okey pelajar, ada mana-mana antara kamu yang tak faham tentang persamaan polifonik ketiga ni?" Cikgu Hamidah Jalil bertanya kepada pelajar-pelajarnya.
Salah seorang pelajarnya, Ahmad Helmi Borhanuddin Ali mengangkat tangan lalu berkata, "Aku masih tak faham, cikgu. Boleh kau tolong terangkan sekali lagi?"
Cikgu Hamidah Jalil terkejut dengan kata-kata Ahmad Helmi Borhanuddin Ali tersebut. Pelajar-pelajar lain pun ada yang terlopong, ada juga yang sudah membayangkan akibat dari soalan si Ahmad Helmi Borhanuddin Ali itu. Namun, berasakan yang dia mungkin tersalah dengar, memandangkan telinganya lupa dikorek pagi itu, Cikgu Hamidah Jalil bertanya kembali kepada pelajarnya yang agak kacak dan radikal itu.
"Apa Helmi? Boleh kamu ulang kembali bahagian mana yang kamu tak faham?" kata Cikgu Hamidah Jalil, dengan nada sedikit tertahan. Ahmad Helmi Borhanuddin Ali sambil tersenyum sopan dan dengan nada yang sama, mengulang kata-katanya. Kali ini dengan lebih jelas, "Aku masih tak faham, cikgu. Boleh kau tolong terangkan sekali lagi?"
Cikgu Hamidah Jalil, kali ini pasti dan yakin dengan apa yang didengarinya, terus menyinsing lengan baju kurung kain kapas Inggerisnya itu dan bercekak pinggang, mendedahkan gelang-gelang emas yang bersusun di lengannya, dan dengan wajah yang bengis menjerkah pelajarnya itu. "KAMU JANGAN JADI KURANG AJAR HELLMI! BERCAKAP DENGAN GURU, GUNA AKU-KAU, KAMU INGAT SAYA NI SIAPA? KAWAN SEPERMAINAN KAMU KE HAH?"
Ahmad Helmi Borhanuddin Ali sedikit terkejut dengan jerkahan guru Matematiknya itu. Rakan-rakan sekelasnya yang lain juga turut terkejut, bahkan melebih-lebih lagi, lebih dari si Ahmad Helmi Borhanuddin Ali yang dijerkahi itu sendiri. Ada yang mula ketar lutut. Ada yang memandang Ahmad Helmi Borhanuddin Ali dengan muka yang dicebirkan. Ada yang terlopong, dan ada juga yang tunduk, pura-pura tekun menjawab latihan sedangkan telinga dan minda tekun memberi perhatian kepada insiden yang sedang berlaku.
Walaubagaimanapun, Ahmad Helmi Borhanuddin Ali kelihatan kembali tenang dan terkawal dari rasa terkejutnya sebentar tadi. Dia menarik nafas dalam-dalam, lalu berkata, "Kenapa cikgu? Salah ke aku bercakap dengan kau macam ni?"
"KAMU MEMANG KURANG AJAR HELLMI! MANA BUDI BAHASA DAN HORMAT KAMU TERHADAP GURU? KAMU SEPATUTNYA MEMBAHASAKAN DIRI SEBAGAI "SAYA" APABILA BERCAKAP DENGAN GURU KAMU!"
Ahmad Helmi Borhanuddin Ali lalu berkata dengan ikhlas dan jujur, "Sedangkan dengan Tuhan pun, dalam doa-doa, aku membahasakan diri sebagai "aku". Kenapa pula dengan cikgu, yang sama sekali bukan tuhan, harus aku membahasakan diri sebagai "saya"?"
Cikgu Hamidah Jalil terkelu. Mukanya merah padam, marah barangkali. Barangkali juga malu kerana tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada pelajarnya yang dianggap kurang ajar, biadap, tak beradab, celaka, jahanam, dan sebagainya itu.
Di bahagian belakang kelas, kelihatan Malik Johari perlahan-lahan berdiri dan keluar dari pintu belakang, barangkali mahu ke tandas. Nurul Shuhada Karim, yang duduk selang tiga meja dari Ahmad Helmi Borhanuddin Ali pula tunduk menekup muka sambil tersedu-sedan.

20111009

Groucho Marx

Di tempat tidur gua ni, yang bukan bilik, memang agak terasing dari dunia luar. Walaupun tak jauh dari ruang menonton TV dan dapur, tapi kalau gua dah memakai fon kepala mendengar lagu, memang tak dengar apa. Hujan pun, kalau tak berangin dan menyebabkan kebocoran lalu menitik di katil gua, memang gua takkan sedar. Sedar tak sedar, gua rasa angin sejuk.
Dan baru tadi, sekarang pun boleh juga, gua rasa angin sejuk. Gua buka fon kepala, tapi tak ada bunyi hujan. Tak hujan. Pelik? Tak juga.

20111001

River of Brake Lights

Gua jarang ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Gua jarang keluar dari tempat gua. Kali terakhir gua datang ke KL tu pun, tiga tahun lepas. Dan bila gua dapat pergi Khamis lepas, gua rasa ketinggalan dan kecil. Betul-betul insignifikan. Dan gua tak tahu banyak mana yang dah berubah memandangkan gua tak pernah tahu dengan tepat bagaimana rupa bandar ibu negara Malaysia tu.
Gua tahu, hidup gua bukan di sana; bukan di bandar besar tu, bukan di celah-celah bangunan pencakar langit tu. Introvert macam gua tak sesuai hidup di tempat macam tu. Tempat gua di sini, dalam kegelapan. Dan atas sebab itulah, gua buat keputusan untuk balik awal. Sepatutnya gua pergi 3 hari, balik hari ini. Tapi gua balik semalam. Dah tak sabar-sabar walaupun sehari je lagi.

Dan, berada di KLIA itu hari betul-betul buat gua rasa kempunan. Kempunan nak naik kapal terbang. Keh keh keh. Bila la agaknya gua berpeluang nak ke luar negara ye?