Gua jarang ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Gua jarang keluar dari tempat gua. Kali terakhir gua datang ke KL tu pun, tiga tahun lepas. Dan bila gua dapat pergi Khamis lepas, gua rasa ketinggalan dan kecil. Betul-betul insignifikan. Dan gua tak tahu banyak mana yang dah berubah memandangkan gua tak pernah tahu dengan tepat bagaimana rupa bandar ibu negara Malaysia tu.
Gua tahu, hidup gua bukan di sana; bukan di bandar besar tu, bukan di celah-celah bangunan pencakar langit tu. Introvert macam gua tak sesuai hidup di tempat macam tu. Tempat gua di sini, dalam kegelapan. Dan atas sebab itulah, gua buat keputusan untuk balik awal. Sepatutnya gua pergi 3 hari, balik hari ini. Tapi gua balik semalam. Dah tak sabar-sabar walaupun sehari je lagi.
Dan, berada di KLIA itu hari betul-betul buat gua rasa kempunan. Kempunan nak naik kapal terbang. Keh keh keh. Bila la agaknya gua berpeluang nak ke luar negara ye?
Lain kali kalau nak ke KL tu kabor la awal seminggu. Gua boleh jadi pemandu pelancong lu. Tapi.........
ReplyDeleteSemuanya dah terlambat Napi...
ReplyDeleteLu cari apa kat KL? Pergi Low Yat ke hapa?
ReplyDeleteCelaka. Cemana lu tahu gua ke Low Yat ni?
ReplyDeleteGua ada delapan deria tahu.
ReplyDeletePeh. Lu pun salah seorang dari subjek Projek Ikarus ke?
ReplyDeleteMana ada... gua terlibat dalam Project D je.
ReplyDeleteProjek Delapan? Yang ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Meleisa?
ReplyDeleteSalah.... Ditaja oleh KERAjaan Dengmak.
ReplyDelete