20110829

Anti Stereotaip

Kebanyakan dari kita mempunyai televisyen. Televisyen, atau senang dipanggil TV, dah memang menjadi satu kelengkapan rumah, dah menyamai fungsi kerusi atau meja. Bahkan, lebih dari itu. Hari tu mak aku cerita, masa sebelum keluarga aku pindah ke rumah aku sekarang, mak, bapak dan dua orang kakak aku pernah menyewa di sebuah rumah. Masa tu aku tak macam sekarang, aku masih lagi janin. Masa tu, kerusi tak ada. Tapi TV dah ada. Tapi yang aku nak cerita bukan sejarah TV, tapi kesan TV terhadap pemikiran penontonnya.
Dari dulu lagi, entah siapa punya angkara, waktu raya mesti akan dikaitkan dengan pulang ke kampung. Dan kampung itu, menurut montaj-montaj yang disiarkan dalam kaca TV, dan mungkin dari lagu-lagu raya, mestilah di desa yang mana perjalanan untuk sampai ke destinasi mestilah melalui bukit-bukau, gunung-ganang, sawah bendang dan sebagainya. Kekerapan menjadi kebiasaan, dan kebiasaan menjadi kepercayaan. Stereotaip. Lalu, setiap kali hendak raya, orang akan ingat PULANG KE KAMPUNG HALAMAN. Kalau kampung halamannya di desa, tak apalah. Tapi macam mana pulak dengan mereka yang kampung halamannya dah memang di kota? Apakah frasa "pulang ke kampung halaman" tidak tertakluk kepada mereka? Kurangkah nilai perayaan itu?
Dan juga, kurangkah nilai sesuatu perantauan itu sekiranya seseorang perantau itu merantau ke sebuah tempat yang dekat dengan kampung halamannya? Tak layakkah dia merasa nikmat pulang ke kampung?
Persoalan-persoalan ini mungkin tidak relevan. Mungkin ia hanya delusi aku yang mempercayai bahawa terdapatnya segolongan pihak yang memandang rendah nilai perayaan di kota. Namun begitu, aku taklah pula membenci mereka yang lebih seronok beraya di desa, cuma aku bersimpati terhadap mereka yang beraya di kota. Aku bersimpati, kerana aku juga, baru sedar yang aku turut bersikap prejudis.

Terima kasih kepada Nizam Zakaria, melalui karyanya yang bertajuk Novel Halimunan, yang telah menyedarkan aku tentang stereotaip ini.

20110827

Breast Kancer Cell

So Nisa told me she's sick. Monthly fever. I told her I fear the possibility of it having something to do with her laboratory work as she's doing a research on breast kancer cell. Well, I hope that's not it, though I kan't help from being worried about that. I hope everything's going to be just fine.

Nisa; a new variable in sound extrakting experiments.

And yeah, I'm home for Raya. It feels good, though it kind of annoys me to see people are so happy about it. Fucked up, huh. Psyko?

20110825

Waktu Sahur

Malam-malam buta macam ni, pukul 3 nak dekat pukul 4 pagi, gelap, bila semua dah tidur, walaupun ada dua ekor lagi malaun depan aku yang masih berbalah manja, aku tiba-tiba rasa dekat dengan diri aku. Nak-nak bila mesin bunyi ni dah kembali beroperasi. Keinginan untuk menulis, untuk mengesktrak bunyi dari kepala otak mula menjadi kuat, walaupun bunyi ini tidaklah seberapa kualitinya. Apa yang aku harap sekarang adalah aku akan terus menulis di sini, supaya diri aku di masa depan dapat tengok perkembangan hidup dia masa dahulu; sekarang.

p/s : Dah pukul 4 dah pun. Gua menulis lama sangat, walaupun tak panjang.

Mati Hidup Kembali

I thought I was never going to open this site. But yet, I just did.
And I'm grateful, for I don't feel too burdened as to tell everything that I've missed to write in here. Just to let out, I'm now in my last weeks of this first semester, and it's been going fine. I got good marks in some tests, thank God, and never have I skipped any klass. I don't know if that's good, though. It's also days before Raya and I've just shopped for a few tees. Perhaps a pair of cheap used jeans would komplete that. I'll try to find it in Kemaman, perhaps this Saturday.

Hey, I'm back. Hey, Skyzophrenyk Psyko. You missed me?