20110829

Anti Stereotaip

Kebanyakan dari kita mempunyai televisyen. Televisyen, atau senang dipanggil TV, dah memang menjadi satu kelengkapan rumah, dah menyamai fungsi kerusi atau meja. Bahkan, lebih dari itu. Hari tu mak aku cerita, masa sebelum keluarga aku pindah ke rumah aku sekarang, mak, bapak dan dua orang kakak aku pernah menyewa di sebuah rumah. Masa tu aku tak macam sekarang, aku masih lagi janin. Masa tu, kerusi tak ada. Tapi TV dah ada. Tapi yang aku nak cerita bukan sejarah TV, tapi kesan TV terhadap pemikiran penontonnya.
Dari dulu lagi, entah siapa punya angkara, waktu raya mesti akan dikaitkan dengan pulang ke kampung. Dan kampung itu, menurut montaj-montaj yang disiarkan dalam kaca TV, dan mungkin dari lagu-lagu raya, mestilah di desa yang mana perjalanan untuk sampai ke destinasi mestilah melalui bukit-bukau, gunung-ganang, sawah bendang dan sebagainya. Kekerapan menjadi kebiasaan, dan kebiasaan menjadi kepercayaan. Stereotaip. Lalu, setiap kali hendak raya, orang akan ingat PULANG KE KAMPUNG HALAMAN. Kalau kampung halamannya di desa, tak apalah. Tapi macam mana pulak dengan mereka yang kampung halamannya dah memang di kota? Apakah frasa "pulang ke kampung halaman" tidak tertakluk kepada mereka? Kurangkah nilai perayaan itu?
Dan juga, kurangkah nilai sesuatu perantauan itu sekiranya seseorang perantau itu merantau ke sebuah tempat yang dekat dengan kampung halamannya? Tak layakkah dia merasa nikmat pulang ke kampung?
Persoalan-persoalan ini mungkin tidak relevan. Mungkin ia hanya delusi aku yang mempercayai bahawa terdapatnya segolongan pihak yang memandang rendah nilai perayaan di kota. Namun begitu, aku taklah pula membenci mereka yang lebih seronok beraya di desa, cuma aku bersimpati terhadap mereka yang beraya di kota. Aku bersimpati, kerana aku juga, baru sedar yang aku turut bersikap prejudis.

Terima kasih kepada Nizam Zakaria, melalui karyanya yang bertajuk Novel Halimunan, yang telah menyedarkan aku tentang stereotaip ini.

7 comments:

  1. Dan aku pulak, senantiasa beraya di kampung. Sebab aku dilahirkan di kampung, dibesarkan di kampung, dan sekarang bekerja di kampung. Atuk aku semua dah meninggal. Tinggallah nenek aku (belah mak aku) sorang sekarang. Tu pun nenek aku tinggal dengan anak-anak beliau kat KL. Aku tak pernah pun merasa nikmat balik kampung, sebab bagi aku, bukan wajib pun benda ni. Cuma yelah kan, 11 bulan sibuk bekerja, bulan Syawal ni lah masanya nak ingat kat orang tua kat kampung(untuk yang bekerja di bandar)

    ReplyDelete
  2. hai, lama tak jengah sini. btw, kau buat aku teruja nak baca Halimunan dan aku dah habis baca and it turns out to be a great story. SUKA SANGAT :)

    ReplyDelete
  3. Bekerja di kampung ko sekarang Napi? Biar betik.

    Novel tu aku baca kira-kira 3 tahun yang lepas. Tapi idea dan plot dia memang memberikan kesan yang mendalam sampai aku ingat hampir keseluruhan plot sampailah sekarang.
    (Bila fikir balik, tipu. Aku dah tak ingat cerita dia stat cemana.)

    ReplyDelete
  4. hahaha, takpelah kira ok la tu, dapat ingat certain scene. btw, selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  5. Ye ah. Tempat kerja aku dengan rumah aku baru 5 km lebih kurang. Tak payah keluar kampung, duduk dalam kampung pun boleh berjaya kalau rajin.

    ReplyDelete
  6. Selamat, selamat.

    Aku ingat ko duduk di KL Napi.

    ReplyDelete
  7. Tak ada lah. KL yang duduk di aku.

    ReplyDelete

I want to know your answer.