20110903

9 Nyawa

Hari ni dia datang lagi. Masuk-masuk rumah terus masuk ke bilik mak aku. Walaupun raya, tapi perbuatan dia tu mungkin telah menyebabkan mak aku marah, lalu segera mencari penyapu lidi. Jadi, sebelum wanita yang melahirkan aku itu sempat menyakitinya, aku cepat-cepat mendukungnya mengangkatnya keluar. Walaupun begitu, mak aku sempat juga memukul kepalanya dengan penyapu lidi tu, lantas aku pun- "Hey!" -terjerkah mak aku. Aku tahu itu berdosa, tapi ibu, tunjukkanlah sedikit belas kasihan terhadap dia. Aku terus membawanya keluar. Aku cuba bermanja-manja dengannya; aku belai belakang badan dia lembut, tengkorak kepalanya aku usap. Badan dia gelap, tapi bukan hitam. Coklat gelap, aku agak. Namun mata dia memang cantik. Terang. Anak matanya ada warna perak, aku rasa. Dan dia kelihatannya semakin manja; berguling-guling. Rasanya dia sudah semakin rapat dengan aku. Aku agak dia lapar, sama macam hari tu. Lalu aku suruh adik aku bawakan sedikit makanan; keropok keping. Aku nak bagi dia makan. Keropok itu aku gunakan untuk mengumpan dia ke luar, sedikit jauh dari rumah dan keluargaku. Aku tak nak mereka mengganggu peluang aku untuk bersama dengan dia. Sampai di seberang jalan, di atas rumput, aku letak keropok itu. Dia terus makan. Berselera sekali aku tengok dia menikmati makanan tu. Aku tahu, aku mula jatuh sayang padanya, walaupun baru dua kali bertemu. Cuma, walaupun perasaan sayang tu wujud, tapi aku ada masalah dengan komitmen. Dan mak aku memang takkan benarkan aku membelanya. Lagipun, aku kena balik ke kampus. Aku bukannya tinggal di rumah. Hmmm.
Sedang dia makan, ada satu lagi yang datang mendekati. Yang baru datang ni, walaupun aku tak pernah tengok, tapi aku kenal, sebab dia ada pakai rantai loceng. Aku cam bunyi loceng tu. Dia berwarna putih susu, dengan sedikit calit coklat gelap pada telinga dan mulutnya. Kaki belakangnya yang belah kanan patah, diheret lesu. Aku tertanya-tanya, kalau ada yang bertanggungjawab memakaikannya rantai loceng itu, di mana mereka sekarang? Adakah mereka telah mengabaikannya? Dia cuma tengok buah hati baru aku itu makan. Dan buah hati aku itu pula mendengus memberi amaran, agar jangan cuba mencuri makanannya. Mereka hampir bergaduh, namun aku cuba mententeramkan mereka. Namun melihatkan kaki yang baru tiba itu patah, aku jadi kasihan. Dan aku tahu, aku tidak pandai menguruskan perasaan belas kasihan aku, lalu aku pergi meninggalkan mereka berdua di situ, sedikit kesal kerana tidak memberikan makanan kepada yang satu lagi.
Namanya, aku masih lagi tidak tahu. Aku tak pernah tanya, dan dia pun tak pernah beritahu.

7 comments:

  1. kucing? my mum tak kisah kalau kucing jantan. aku ada seekor nama dia Stokin :)

    ReplyDelete
  2. Kenapa? Kalau betina mak kau kisah pulak? Kekeke.
    Aku suka etimologi. Cer cerita cemana dia boleh dapat nama Stokin tu.

    ReplyDelete
  3. Eh aku rasa aku dah komen kat sini.

    Sial. Penangan ubat batuk cap nenas darat Sri Lanka memang power.

    ReplyDelete
  4. Kalau betina, leceh. Kang dia beranak pulak. Kahkahkah, nama Stokin sebab bulu kaki dia empat-empat kaler putih, macam pakai stokin :D

    ReplyDelete
  5. Ni versi dipanjangkan Napi. Tapi kalau ko nak kongsi ubat batuk Cap Nenas Darat Sri Lanka tu pun okey juga.

    Hal beranak tu jugalah yang aku fikirkan siang tadi. Tapi aku suka betina, sebab kalau ada perasaan cinta, taklah nampak gay sangat.
    Badan dia warna hapa?

    ReplyDelete
  6. hahaha, woi dengan kucing pun jadi ke? badan dia hitam, muka putih.

    ReplyDelete
  7. Dengan kucing pun kucing la. Aku tibai je.

    Pelik juga kucing ko ni ye? Dah macam pakai sut gayanya.

    ReplyDelete

I want to know your answer.