20090926

Kembali.

Salam. Kami kembali ke ruang elektronik. Selepas lebih kurang seminggu tidak ke udara. Kami baru sahaja kembali dari daerah Dungun, kampung kami. Berjaya mengutip hasil beberapa puluh Ringgit Malaysia lagi dari ibu dan bapa saudara tersebut. Ringgit Malaysia, bukan Dolar Amerika atau Pound Sterling Britain. Memang terasa bagus. Talian Internet juga sudah kembali pulih seperti sediakala, kelihatannya. Dan mungkin juga anda tertanya-tanya kenapa kiriman ini ditulis dalam Bahasa Malaysia. Kami sebenarnya baru lepas melawat laman jaringan Butterfingers dan sedikit terpengaruh dengan gaya penyampaiannya yang mengutamakan Bahasa Malaysia. Mereka bagus. Oh. 'Kami'. Tidak mengalami sebarang gangguan mental. Bukan juga dwipersonaliti. Tidak sesekali. Sesekali, mungkin.
Bergelut bersusah mencari kata, bahasa ibunda senang dan sukar.

No comments:

Post a Comment

I want to know your answer.