20110404

Kisah Cinta Uda & Dara

Betina : Saya comel tak?
Jantan : Tak sangat.
Betina : Awak cintakan saya tak?
Jantan : Entah.
Betina : Awak nak hidup bersama saya tak?
Jantan : Tengok la dulu.
Betina : Awak akan menangis tak kalau saya tinggalkan awak?
Jantan : Buat apa?

Dan betina itu mula menangis teresak-esak siap sekali dengan hingus. Lalu si jantan menarik betina itu rapat ke arahnya sambil betina itu menangis di dadanya. Si jantan mengeluarkan sepucuk pistol revolver dari kocek seluar jeansnya dan terus menembak si betina tepat di atas dahi. Si jantan hidup bahagia selama-lamanya.

p/s: Kisah ini pada asalnya ditulis sebagai parodi kepada status-status jiwang yang kerap kali dipos oleh Fesbukers sekalian namun oleh kerana ia ditulis dalam tulisan penuh dan tanpa singkatan, ia membuatkan kepanjangannya melebihi 420 karakter, lalu ia disunting menjadi nota. Sekian harap terasa.

1 comment:

I want to know your answer.