20130218

Semester Dua

Kita semakin jauh sekarang. Aku tertanya-tanya di mana silapnya. Aku tertanya-tanya apa sudah sampai masa untuk aku lepaskan. Apa sudah sampai masa untuk ia berakhir. Ia yang tidak punya nama. Ia yang aku tidak pernah tahu bagaimana untuk dijelaskan.

Festival Kesenian dan Integrasi Budaya, atau lebih dikenali dengan nama Festkib, akhirnya berakhir. Dengan itu berakhir juga kerja-kerja yang telah memakan masa aku selama 2 minggu kebelakangan. 2 minggu dari cuti semester aku. Dan sekarang tiba pula masa untuk semester 2 bermula. Kursus-kursus telah didaftar. Pagi esok, aku akan mula menghadiri kuliah. Syukur ia tidak terasa begitu berat dengan adanya motor yang bapaku belikan kira-kira 2 minggu yang lepas. Dengan adanya ia, ke kelas, dan ke mana-mana sahaja, akan menjadi lebih senang.

No comments:

Post a Comment

I want to know your answer.