20130209

Seketika cuma.

Kau tahu, prinsipku tentang kebahagiaan? Saat-saat gembira, maksud aku. Aku dari dulu lagi percaya yang saat-saat gembira akan menjadi kepahitan dengan masa. Masa membuatkan segala-galanya pahit. Pahit untuk dikenang, kerana kau tidak akan lagi dapat mengulangi saat-saat gembira itu. Saat-saat gembira yang akhirnya akan terlipat dan tersimpan di kotak memori, menunggu untuk dibuka dan ditangisi. Ya, aku menangisi masa lalu. Bahkan, ada waktunya ketika aku seperti tersedar, lalu aku juga menangisi masa sekarang, kerana aku tahu ianya akan berlalu. Kedengaran seperti seorang yang tidak tahu bersyukur, bukan? Tidak tahu bersyukur atas nikmat hidup yang diberikan. Meratap setiap yang berlalu pergi tanpa ada usaha untuk memanfaatkan. Namun, inilah aku. Seorang yang tidak tahu menghargai nikmat kebahagiaan, walau di ruang masa apa pun ia berlaku.
Aku tahu, yang tiada satu apa pun yang kekal selamanya. Itu satu konsep yang aku pegang. Adakah pegangan aku terhadap konsep itu yang membuatkan aku takut untuk memanfaatkan masa sekarang?
Entah.

No comments:

Post a Comment

I want to know your answer.