20110517

Vaelign Hoem

Jadi untuk membuat persediaan nak sambung belajar ni, gua ke Kuantan dengan si Sapik Ahad kelmarin untuk beli baju kemeja dengan seluar slack. Mat Ipang tak ada, sebab dah mulakan kursus bahasa Arab dia sebulan sebagai persediaan ke Jordan September nanti. Jadi pagi Ahad tu gua bawa la Si Kancil ke Kuantan. Kira kali pertama la bawa ke Kuantan, tanpa pengawasan ibu bapa. Keh keh keh. Sampai dalam pukul 10.30 pagi, dan gua terus ke Megamall dulu. Parking tak payah cerita la, sekeliling bangunan tu semua dah penuh. Terpaksa la gua parking jauh sikit. Sikit je. Jadi lepas gua tolong pak guard buka pintu Megamall, gua dan Sapik pun berpusing-pusing la dulu dalam tu sambil tengok-tengok barang, dan juga orang. Fuhhh. Rambang juga mata keranjang gua ni. Keh keh keh. Lepas tu, bila dah dalam 20 minit duduk dalam kedai Rejekt Shop, duk cuba-cuba baju, gua pun beli la sehelai. Lepas tu pulak, agenda tengok wayang pula diusahakan. Tengok cerita Kongsi, sebab Sapik dari Kemaman lagi beriya kata nak tengok cerita tu. Gua pun ikut je la. Panggung penuh tak payah cerita la, siap ada 3 4 orang brader ni yang duk cari-cari tempat duduk dia orang, kut-kut ada orang lain duduk. Gua takut jugak, mana la tahu kalau yang gua duduk tu pun bukan tempat gua. Habis cerita, gua ke East Koast Mall pulak bagi meneruskan lagi acara membeli-belah gua. Sambil cari-cari kedai yang ada jual baju murah sikit, gua turut mencuci mata keranjang gua yang disorokkan di sebalik Ray Ban cermin hitam gua yang berharga RM15. Lepas beli baju dan seluar, dan sembahyang Zohor, terus gerak dari situ. Sempat la juga gua lepak kat Pantai Teluk Chempedak. Cun betul tempat tu, dah la ramai orang. Seingat-ingat gua, kali terakhir (dan mungkin juga kali pertama) gua ke situ dulu masa gua sekolah rendah lagi. Tapi memang syok la tempat tu. Jadi lepas dah puas ushar tempat tu dan makan-makan di gerai yang ada kat situ, gua pun meminta diri la pulak. Nak balik. Waktu balik, Sapik yang pandu. Jadi dapat la gua berehat sikit lepas dah kenyang perut tu. Tapi gua tak ada la tidur, macam yang Sapik tidur masa gua pandu pagi masa pergi tu. Jadi hari tu ada la dalam RM200 juga gua berbelanja. Kemeja 3 helai, seluar 2 helai, makan sikit, tiket wayang sikit.

Petang tadi (Isnin) pun gua ke The Store seorang diri dalam pedih-pedih mata. Beli kasut, seluar sukan, dan stokin. Mujur la kasut Vans tu pun tak mahal mana. Peh. Kalau ikutkan duit yang dah diguna untuk beli semua ni, kalau simpan dalam bank pun bangga juga rasanya. Tapi mujur la masa mak gua buat kenduri Sabtu hari tu, dalam RM200 lebih juga gua dapat hasil pemberian tetamu yang datang. Walaupun sebenarnya gua malu juga nak terima, ye lah, dapat belajar pun tempat dekat je. Keh keh keh.

No comments:

Post a Comment

I want to know your answer.