20110517

Tayangan Semula

Pertandinagn Mewarna Rumah
Berbalik kepada cerita kerja mengecat gua itu hari, gua balik semula ke kampung untuk sambung kerja tu kira-kira 5 hari lepas temuduga TESL gua. Duduk sana dalam seminggu jugalah. Tapi sebenarnya tak banyak pun yang gua cat. Adalah sikit bahagian luar, sikit bahagian dalam. Berehat je banyak sebenarnya. BerFesbuk guna henset. Asal ada masa terluang sikit gua buka Fesbuk. Selain tu, gua adalah juga tolong-tolong nenek dan mak cik gua beli barang ke, jadi drebar ke. Tapi yang gua tak tahan sikit, pak cik gua, adik kepada Emperor. Dia ni memang workaholik sungguh. Petang, lepas balik kerja je terus datang rumah, buat kerja mengecat. Malam pun dia datang. Yang gua tak tahan bukan apa, tapi pasal gua malas sikit. Dia tengah mengecat, gua duduk tengok je. Bimbang jangan cakap la, takut dia marah gua yang banyak berehat dari kerja. Selain tu, sepupu bapak gua. Tua setahun dari gua. Perangai dia pun sama, jenis rajin melampau. Lepas seminggu, gua balik Kemaman semula, tu pun awal sehari dari kontrak. Keh keh keh.

Menara Diperbuat Dari Gading
Cerita pasal temuduga TESL yang gua dapat tu, gua pergi hari Ahad, 17 April, kat Kuantan. Gua pergi dengan mak, bapak, adik dan seorang kawan gua, Mat Ipang, buat peneman. Dulu gua teman dia ke pertandinagn hafazan dia, ni dia pulak yang teman gua. Jadi gua dengan stail dressing mat pejabat, berseluar slack bootkut warna koko cerah sedondon dengan kemeja lengan panjang post-grunge, dilengkapi dengan kasut kulit bapak gua yang juga warna koko. Fuhhh. Tapi sampai kat tempat temuduga tu, Kampus UiTM Padang Lalang, budak-budak lain gua tengok semua berseluar hitam berbaju putih. Keh keh keh. Temuduga tu dimulakan dengan ujian bertulis secara berkumpulan. Macam jawab periksa la. Kena pulak soalan esei tentang bahaya penggunaan Fesbuk. Peh. Memang jem. Gua kalau soalan suruh karang cerita fiksyen boleh la. Tapi gua tetap jawab sedaya-upaya walaupun payah. Lepas sejam, habis ujian tu, tunggu giliran untuk temuduga lisan pulak. Yang ni gua tak berahi. Berdebar, berpeluh tak payah cerita la. Tapi sementara menunggu tu ada la juga gua berkenalan dengan 2 3 budak lain. Ada seorang ni budak Besut. Dia la yang paling ramah kat situ. Gua tahan je rasa lucu bila dengar dia bercakap dalam loghat Kelantan. Sampai giliran gua, nombor 7, gua masuk. Nasib la bilik tu biasa je. Tak besar. Tukang temuduga pun 2 orang je, dua-dua perempuan. Mudalah juga. Dua orang ni pun taklah serius mana pun. Tu yang gua rasa rilek sikit. Dia tanya pasal keluarga, latar belakang, hal-hal macam tu je la. Gua pun ada la juga sembang pasal adik-beradik gua sikit. Tapi mujur la dia tak tanya gua pasal hal semasa, macam yang orang lain kena. Peh. Kalau tak, menggagau juga rasanya. Jadi bila dah habis temuduga tu, dalam pukul 11 macam tu, gua suruh bapak gua hantar gua dan Mat Ipang ke East Koast Mall, sementara dia dan mak gua rehat kat rumah mak saudara gua yang di Kuantan ni. Masa tu la pergi tengok wayang cerita Source Code tu. Memang sedap la cerita dia. Lepas tu, dalam pukul 2 lebih, bapak gua datang ambil, balik ke rumah mak saudara tadi. Sembahyang, makan nasi, rehat sekejap, petang balik Kemaman. Dan dalam 2 minggu lepas tu, keputusan temuduga tu pun keluar dalam internet. Gua dapat. Jadi, hari ni masa gua menaip ni, betul-betul sebulan lepas temuduga tu, dan kira-kira seminggu dari ni, gua akan melanjutkan pelajaran ke menara gading. Keh keh keh. Asasi dalam kursus TESL. Sabtu ni gua ke Jengka dulu, seminggu orientasi buat kat sana rasanya. Lepas tu baru dia orang hantar ke kampus di Kuantan ni. Mujur la dapat dekat je, walaupun gua selalu kata nak tempat jauh. Keh keh keh. Memang jenis anak mak.

Teh Tiga Lapis
Dalam pada tu, gua ada berjumpa kawan-kawan sekolah rendah gua dalam Fesbuk. Semuanya hasil dari grup yang member gua buat. Memang bagus jugalah dapat kontek balik dengan member-member lama ni. Dalam grup tu gua je yang bising, ye lah, dah orang lantik jadi admin kan. Keh keh keh. Selain tu ada juga buat lawatan ke sekolah rendah. Yang pergi dengan gua itu hari ada 5 orang. Jumpa cikgu-cikgu, tinjau-tinjau kawasan sekolah. Fuhhh. menggamit memori sungguh. Walaupun cikgu-cikgu masih nampak sama, walaupun ada yang dah pindah, tapi sekolah tu memang banyak pembaharuan. Pokok tepi gelanggang yang dijadikan tempat bergayut tu pun dah ditebang. kantin pun dah diperbesarkan sikit, untuk ruang makan guru. Kat belakang pun sekarang ada bangunan pra-sekolah. Tapi ada satu yang gua tak berapa berkenan tengok budak-budak sekolah itu hari; masa cikgu bercakap di depan pun ada 4 5 orang yang tengah main e-book! Tu yang gua tak puas hati tu. Dengki la woi. Zaman gua dulu mana ada benda-benda macam tu. Main pun main gasing yang dijadikan dari pemadam. Tapi benda-benda tu semua, dan kenangan-kenangan masa sekolah rendah dulu memang seronok, tapi bila duk teringat jadi sedih pulak, sebab dah tak dapat nak buat benda-benda tu lagi. Dan antara member yang paling kerap gua lepak lepas jumpa semula ni adalah Sapik. Mat Ipang tu tak payah kira la, memang dah boleh jadi kembar gua tu, orang cakap la. Gua, Mat Ipang, Sapik. Tiga ni je la yang petang-petang selalu ke pasar minggu dalam masa 2 3 minggu ni. Takpun keluar ronda-ronda ke, minum-minum ke. Ye la, lepas ni dah susah nak jumpa. Isk. Sedih, sedih.

No comments:

Post a Comment

I want to know your answer.